Kandungan Laporan
====================================================================
Rekabentuk Antaramuka
SISTEM KENAIKKAN PANGKAT PENSYARAH (SKPP)
Secara umumnya rekabentuk keseluruhan SKPP adalah berasaskan web dimana aplikasi ia melibatkan hubung kait dengan pelayan pelanggan dan persekitaran rangkaian. Sistem yang dibangunkan ini juga merupakan aplikasi yang diintegrasikan dengan LDAP dan SSO supaya pengguna hanya mempunyai id dan katalaluan yang sama untuk semua modul dalam sistem MyNemo universiti. MyNemo atau My Network of Management Operation merupakan portal jaringan elektronik yang bertujuan untuk memantapkan tadbir urus dan sistem penyampaian Universiti Malaysia Terengganu. Portal ini menggabungkan aplikasi-aplikasi berasaskan web yang dibangunkan sepenuhnya oleh PTM. Melalui konsep single-sign-on pengguna hanya perlu login sekali sahaja untuk mencapai semua aplikasi yang dibenarkan mengikut fungsian pengguna. . Modul-modul aplikasi baru yang sedang dibangunkan akan diaktifkan dari masa semasa. Aplikasi-aplikasi tersebut ialah Aplikasi Staf(AS), Aplikasi Maklumat Kewangan(AMK), Aplikasi Maklumat Akademik(AMA) dan Aplikasi Sokongan Pentadbiran (ASP). TOP