Kandungan Laporan
====================================================================
Rekabentuk Pangkalan Data
SISTEM KENAIKKAN PANGKAT PENSYARAH (SKPP)
Proses rekabentuk pangkalan data SKPP menggunakan strategi Top-Down. Pembangunan secara top-down ini bermula daripada umum kepada khusus. Rekabentuk bermula dengan mengkaji matlamat strategi dan keperluan maklumat yang diperolehi daripada pemilik sistem, kemudian sistem yang sesuai dibangunkan untuk membekalkan maklumat kepada mereka. Dengan model peringkat tinggi ini, pangkalan data dibangunkan daripada satu konsep asas kepada peringkat yang lebih terperinci. Dari semasa ke semasa, model peringkat tinggi akan ditukar kepada model peringkat lebih rendah sehingga membentuk sistem pangkalan data yang lengkap Antara faktor pendorong strategi ini digunapakai adalah kerana model data dapat distrukturkan dengan perspektif secara global. Dengan itu, sistem yang dibangunkan dapat menghasilkan antara muka yang lebih baik, konsisten dan hanya memerlukan pengubahsuaian yang minimum semasa proses penyelenggaraan.
Strategi Top-Down adalah sinonim dengan penggunaan permodalan data melalui Model Entiti-Hubungan. Oleh hal yang demikian Skema konseptual dibangunkan diperingkat tertinggi bagi menerangkan struktur pangkalan data dimana ia mewakili semua keperluan data dan merupakan asas utama pangkalan data.
SKPP merupakan sistem bantuan keputusan dimana ia mempunyai 3 komponen utama dan ia mempunyai 2 perhubungan dengan persekitaran. Hubungan yang pertama ialah kepada pangkalan data dan yang kedua kepada pengguna seperti dalam rajah di bawah:-
Pengurusan Data
Tugas utama komponen ialah untuk mengawal capaian kepada data dan mengetahui data apa sahaja yang diketahui oleh sistem. Komponen ini berhubung dengan pangkalan data bagi mengawal dan mengurus penyeliaan data pangkalan data. Ia juga menyediakan data kepada komponen pengurusan model untuk membolehkan pengurusan model melakukan tugasnya. Ia juga mempunyai hubungan kepada sistem dialog pengguna bagi melayan permintaan pengguna untuk melihat status semasa sebarang proses yang dilakukan sebelum ini..
Prinsip pertama yang diimplemenkan adalah memastikan bahawa kewujudan rekod- rekod yang sama tidak akan terjadi di manamana jadual yang ada pada pangkalan data. Kedua, ia akan menggalakkan pencapaian data menggunakan konsep View dan bukan dicapai secara terus dari jadual. Ini kerana setelah sesuatu pangkalan data itu memenuhi prinsip ini, maka data yang dilihat pada satu-satu masa oleh pengguna akan merangkumi beberapa jadual.Prinsip kedua melalui penggunaan jadual rujukan bagi mana-mana data yang dimasukkan akan digunakan secara berulang-ulang. Ini mengurangkan kemungkinan kesilapan dari dilakukan oleh pengguna ketika memasukkan data. Oleh kerana jadual rujukan ini akan menggunakan kod bagi mewakili satu-satu data tersebut, ia juga menyokong kepada kecepatan capaian terhadap data yang digunakan. Ini selalunya dicapai dengan melakukan indexing bagi medan kod pada jadual yang menggunakan jadual rujukan tersebut.
Pengurusan Model
Tugas utama komponen ialah mengetahui model analisis apa yang ada. Ia juga menguruskan capaian data kepada pangkalan data melalui perhubungan dengan komponen pengurusan maklumat. Ia kemudiannya menentukan model mana yang akan digunakan. Akhirnya menyampaikan hasil dari model kepada sistem dialog pengguna. Oleh itu, pendekatan teknologi yang memenuhi keperluan ini dilihat dari sudut integrasi. Pertamanya ialah COM (Component Object Model).Teknologi ini mendefinisikan bagaimana untuk berkongsi kod sumber tanpa perlu memberikan kod sumber kepada pengguna. Bukan itu saja, ia juga membolehkan kod sumber yang dibangunkan dalam bahasa pengaturcaraan yang berbeza untuk digunakan bersama (Harmon, 2000).
Sistem Dialog Pengguna
Tugas utama komponen ini ialah berhubung dengan pengguna untuk menentukan proses apa yang diperlukan oleh pengguna. Jika pengguna ingin melihat data, ia akan membuat perhubungan dengan komponen pengurusan maklumat data bagi mendapatkan data. Ia seterusnya menyusun data tersebut supaya mudah difahami oleh pengguna, sebelum menyampaikan maklumat tersebut kepada data. Jika pengguna memerlukan suatu analisis dilakukan ia akan berkomunikasi dengan komponen pengurusan model bagi mendapatkan model yang sesuai. Seterusnya hasil dari model tersebut disusun dan disajikan kepada pengguna.