Monday, April 7, 2008

Kandungan Laporan
====================================================================
Rekabentuk Program
Pendekatan yang digunakan
Proses pembangunan Sistem Kenaikkan Pangkat Pensyarah melibatkan beberapa fasa terutama dalam merekabentuk program yang dibangunkan. Secara teorinya, fasa rekabentuk sistem merangkumi semua tugas dan fungsi bagi spesifikasi penyelesaian yang berasaskan komputer.Dalam pembangunan rekabentuk SKPP, pendekatan berstruktur moden telah digunakan  iaitu ia melibatkan gabungan tiga teknik yang utama seperti pengaturcaraan berstruktur, analisa berstruktur dan rekabentuk berstruktur.  Dalam teknik pengaturcaraan berstruktur, panduan asas diutamakan bertujuan meningkatkan kualiti dalam sesuatu pengaturcaraan. Teknik rekabentuk berstruktur pula menitikberatkan percantuman atau kombinasi antara dua atau lebih aturcara yang mempunyai fungsi yang berbeza dimasukkan dalam sistem yang dibangunkan. Manakala Teknik analisa berstruktur pula merupakan elemen yang penting dalam proses memahami dan menterjemahkan keperluan-keperluan khusus sebelum proses rekabentuk sistem dilakukan. Sebagai contoh, hasil daripada maklumat umum yang diperolehi dari orang sumber dan juga proses-proses konvensional, maka dapat dibinakan jadual matrik yang mana berfungsi memudahkan keperluan data yang diperlukan dan sumber data tersebut perlu dirujuk dalam pangkalan data sedia ada.  Selain daripada itu, perwakilan grafik juga turut digunakan dalam perancangan pembangunan SKPP.  TOP