Kandungan Laporan
====================================================================
Tempat Latihan
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT,UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) merupakan satu pusat perkhidmatan sokongan yang terpenting di dalam entiti UMT. Ia ditukarkan kepada PTJ mulai 1 Jun 2004 dengan diketuai oleh seorang pengarah. Dahulunya PTJ ini dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat (UTEKMA). PTM mempunyai peranan yang besar dalam mengendalikan semua urusan rangkaian kampus, sistem dalaman UMT dan pengurusan maklumat. Secara amnya, PTM telah memberikan komitmen yang baik dalam perkembangan bidang akademik, pengurusan maklumat serta program-program yang lain selaras dengan keperluan UMT. Sebagai PTJ yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal ICT Kampus, struktur pentadbiran dan pengurusan PTM dibahagian kepada beberapa seksyen utama seperti Seksyen Pentadbiran Korporat, Seksyen Pembangunan Sistem, Seksyen Web dan Produksi, Seksyen Khidmat Pelanggan dan Seksyen ePembelajaran dan Latihan. Sehingga kini, kekuatan tenaga kerja PTM terdiri daripada 50 orang staf dan diwakili oleh seorang pengarah yang dilantik oleh universiti dari kalangan kumpulan akademik. Manakala Timbalan dan pegawai secara keseluruhannya terdiri daripada golongan F dan juga N di seksyen pentadbiran. OBJEKTIF DAN FUNGSI PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT, UMT
•Memenuhi keperluan-keperluan (input) baru daripada jabatan-jabatan yang berada di bawah organisasi UMT dengan bercirikan mesra pengguna.
•Membudayakan IT dikalangan pelajar-pelajar khususnya dan warga UMT keseluruhan amnya.
•Bertindak sebagai perunding (consultant) kepada keperluan-keperluan sistem dan rangkaian bagi UMT.
•Meningkatkan tahap profesionalisma (cekap dan berwibawa) di dalam menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada seluruh warga UMT.
•Menyediakan latihan-latihan atau kursus kepada kakitangan UMT bagi meningkat tahap kecekapan dan mengoptimumkan penggunaan sistem dan aplikasi Top