Kandungan Laporan
====================================================================
Penambahbaikan Latihan Industri
Cadangan
Setelah menjalani latihan Industri selama enam bulan di Pusat Teknologi Maklumat, pelbagai pengalaman yang boleh saya amalkan sepanjang kerjaya saya antaranya adalah pengurusan masa, teknik penyelesaian masalah, amalan bekerjasama dan sebagainya lagi.
Namun begitu, saya masih menghadapi masalah terutama untuk menghubungi pihak pengurusan atau Fakulti Universiti Terbuka Malaysia. Salah satu proses penambahbaikan yang mungkin patut difikirkan oleh pihak OUM atau Fakulti khasnya adalah menyediakan talian telefon yang mempunyai pegawai khas untuk pelajar membuat sebarang pertanyaan. Ini kerana, setiap kali proses panggilan telefon dilakukan, tiada jawapan daripada pegawai dan boleh dikatakan kebanyakan panggilan yang dibuat tidak berjawab. Ini amat menyukarkan pelajar. Mungkin talian khidmat pelanggan 1800 atau sistem bantuan telefon perlu diwujudkan.
Selain daripada itu, sebagai pelajar yang belajar di PPT cawangan, memang mengharapakan agar segala pertanyaan dapat diatasi hanya dengan merujuk PPT masing-masing. Namun ia berlaku sebaliknya kerana diminta untuk merujuk fakulti dan berlaku masalah apabila panggilan dibuat tidak berjawab. Lantaran itu, selain daripada merujuk kepada fakulti, dicadangkan agar staf yang bertugas di PPT cawangan diberi pendedahan atau rujukan lebih menyeluruh agar segala persoalan pelajar dapat diatasi diperingkat PPT cawangan sahaja dan tidak perlu merujuk kepada fakulti. TOP