Wednesday, May 7, 2008

wer


Sistem Pengurusan Soal Selidik (SPSS) ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dengan hasrat untuk meningkatkan produktiviti  dari segi perkhidmatan yang diberi kepada warga Universiti Malaysia Terengganu. Selain itu, sistem SPSS ini juga berupaya menyediakan platfom seragam kepada semua jabatan di UMT untuk digunakan bagi menjalankan soal selidik di peringkat jabatan.

Rasional pembangunan Sistem Pengurusan Soal Selidik secara atas talian adalah bertepatan selari dengan visi univesiti ke arah mewujudkan universiti penyelidikan dimana mengikut kajian, peratusan persampelan kajian dilakukan adalah bersumberkan melalui borang soal selidik. Lantaran itu, adalah penting untuk universiti mempunyai pendekatan terbaik agar dapat diimplementasikan supaya sesuatu maklumat yang diperolehi hasil daripada pungutan data pengguna bersifat menyeluruh sekaligus mengurangkan ralat dalam membuat keputusan.

Dengan menitikberatkan kualiti, sistem pengurusan soal selidik ini juga mampu mewujudkan persekitaran tadbir urus yang dinamik dan konsisten dimana penjimatan dari segi guna tenaga, masa dan kos pelaksanaan sesuatu soal selidik dapat diatasi disamping dapat memberikan maklumat dengan lebih mudah, cepat dan mesra pengguna.