Kandungan Laporan
====================================================================
Manfaat dari Latihan Industri
Dalam menjalani proses pembelajaran secara pratikal dalam persekitaran kerja, ia memberi impak yang sangat berkesan kepada para pelajar. Ini kerana kemahiran sedia ada banyak membantu dalam menyelesaikan kerja-kerja latihan industri. Ia cukup berbeza pengalaman yang diperolehi bagi golongan pelajar yang menjalani latihan industri yang belajar sepenuh masa. Berikut disenaraikan beberapa manfaat yang telah saya capai sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Teknologi Maklumat.
Proses Pembelajaran adalah formal menjadi kualiti latihan industri Walaupun menjalani latihan industri di tempat sendiri, namun berlainan seksyen memberi pengalaman baru kepada saya untuk membuat sesuatu tugasan yang cukup berbeza dari skop tugas sedia ada. Proses pembelajaran berlaku secara formal walaupun bersama rakan- rakan yang sama jawatan dimana wujud suasana hormat menghormati dan persefahaman diantara staf.
Berlakunya proses dokumentasi yang baik Melalui latihan industri, kerja – kerja dokumentasi dapat dijalankan dengan lancar dan berskedul kerana selain dari mengikuti format yang ditetapkan, garis panduan serta amalan budaya kerja yang diamalkan oleh staf bahagian pembangunan sistem dapat membantu proses pembelajaran secara langsung.
Pengurusan Masa Setiap tugasan yang diberikan telah ditentukan tahap kesukarannya dan sumber rujukan telah dipandukan ke saluran yang tepat. Ini membuatkan proses kerja dapat disiapkan dengan cepat dan berkesan.
Bantuan tenaga pakar berterusan.Bekerja dalam kumpulan adalah menjadi budaya kerja di Pusat Teknologi Maklumat. Amalan ini membuatkan pelatih industri tidak merasa kekok dalam belajar sesuatu yang baru dalam bidang pembangunan sistem. Segala tunjuk ajar diberikan tanpa penat lelah dan tak kira masa.TOP