Monday, April 7, 2008

Kandungan Laporan
====================================================================
Projek Latihan Industri
SISTEM KENAIKKAN PANGKAT PENSYARAH (SKPP)
Sistem Kenaikkan Pangkat Pensyarah (SKPP) adalah merupakan sistem bantuan keputusan yang dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan dan pemohon dalam kenaikkan pangkat pegawai akademik Universiti Malaysia Terengganu. Sebagaimana biasa Pejabat Pendaftar akan mendapatkan data-data pensyarah daripada sistem maklumat staf untuk mengenalpasti kakitangan yang layak mengikut terma-terma yang telah ditetapkan oleh pihak universiti secara manual.
Melalui DSS ini, ia bukan sahaja menjimatkan masa pejabat pendaftar, malahan para pensyarah juga diberi maklum secara automatik samada layak atau sebaliknya melalui capaian ke http://mynemo.umt.edu.my iaitu portal rasmi universiti. Selain daripada menjana laporan mengikut keperluan peringkat tertinggi universiti, DSS ini juga dibangunkan bagi membantu Naib Canselor mencadangkan mana – mana pensyarah yang difikirkan layak untuk memohon kenaikkan pangkat berdasarkan pertimbangan Naib Canselor.   TOP