Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan kurniaNya, saya berjaya menyempurnakan latihan industri selama enam bulan untuk memenuhi silibus pengajian saya di Universiti Terbuka Malaysia. Keduanya, saya berterima kasih kepada majikan saya PTM , Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama OUM kerana memberi ruang membolehkan saya menjalani latihan industri.
Sepanjang menjalani latihan, banyak pendedahan yang telah saya pelajari dari kawan-kawan yang bekerja di seksyen pembangunan sistem. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh En. Nizam selaku penyelia dan rakan-rakan akan saya implemen dan adaptasikan dalam kerja saya seharian. Saya merasakan sungguh bertuah kerana menjadi salah seorang pelajar OUM yang diberi kepercayaan oleh pihak OUM dan PTM khususnya kerana diberi peluang untuk menjalani latihan industri walaupun sudah berkecimpung dalam arena pekerjaan selama lebih kurang lapan tahun.
Dalam pada itu, saya juga berterima kasih kepada En. Rohaizak selaku pensyarah OUM yang telah datang membuat lawatan latihan industri pada 21 Mac 2010. Bukan sekadar menjengok kerja-kerja yang dijalankan, namun banyak tips-tips dan nasihat yang telah beliau nasihatkan kepada saya terutamanya dalam proses pembelajaran di Universiti Terbuka Malaysia. Dengan kedatangan beliau ke tempat latihan industri itu, maka tirai latihan industri secara rasminya berakhir dan proses pembangunan sistem tersebut akan terus digiatkan sebagaimana perancangan asal.
Akhir sekali, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, dengan ini dengan rasminya saya menamatkan latihan industri saya dan segala pengalaman yang dilalui akan dijadikan panduan untuk saya maju ke hadapan dalam bidang ICT. Sekian Terima Kasih.
Salam 1Malaysia
Adie Irman Abdullah